Mengenai Kami

Mengenai Kami 1

Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (IFSB) ditubuhkan pada 13 Mac 2000 untuk menjalankan perniagaan dalam bidang pemfaktoran domestik, eksport dan import serta pajakan peralatan. Bank Negara Malaysia (BNM) mengklasifikasikan kami sebagai Institusi Kewangan Bukan Bank (NBFI).

Sejak itu, kami menumpukan usaha kami untuk memenuhi keperluan kewangan berbagai-bagai jenis syarikat yang mendapat kontrak perolehan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Antara syarikat yang menjalankan usaha sama dengan kami termasuklah Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi.
Sebagai mematuhi SPP Bil 10/95 oleh Kementerian Kewangan (MOF), IFSB telah diluluskan dan diiktiraf oleh MOF pada 14 Jun 2000 untuk menjalankan pembiayaan pemfaktoran kontrak dan perolehan kerajaan atau GLC.
Buat masa ini, Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (IFSB) telah menceburi industri francais sebagai pengembangan kepada perniagaan teras kami. Kami sedang meneroka peluang francais individu sebagai sebahagian daripada misi kami untuk memasarkan jenama dan produk kami antarabangsa dan pada masa yang sama memperkasakan francaisi untuk mengembangkan kapasiti pembiayaan mereka.
Mengenai Kami 2

Kisah
Pemfaktoran Ikhtiar

Bagaimana Kami Membesar Menjadi Siapa Kami Hari Ini

2000
IFSB ditubuhkan dalam tahun 2000 di Malaysia untuk menyediakan sokongan dan perkhidmatan pemfaktoran yang khusus untuk organisasi perniagaan yang lazimnya tidak dapat ditawarkan oleh penyedia dana tradisional.
2000
2013
Pada Disember 2013, kami menjalankan kerjasama dengan Pernas (dahulu dikenali sebagai Perbadanan Nasional Berhad (PNS)) untuk menawarkan perkhidmatan pemfaktoran Islam dan pembiayaan kontrak di bawah konsep Syariah untuk menyediakan pembiayaan modal kerja kepada usahawan yang mendapat kontrak perolehan kerajaan.
2013
Kini
Pada hari ini, kami merupakan salah sebuah syarikat pemfaktoran kewangan yang ulung di Malaysia setelah menyaksikan perkembangan yang membanggakan sepanjang dua dekad yang lalu, di mana kami telah menawarkan khidmat kami kepada lebih 1,500 klien dengan urus niaga berjumlah lebih RM2 bilion dan kami telah meneroka peluang untuk berkembang ke industri francais. Di IFSB, kami membawakan fleksibiliti yang tiada tandingannya dalam menyesuaikan produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda. Kami menawarkan lebih daripada rangkaian penyelesaian pembiayaan pemfaktoran yang lengkap.

Kadar yang kami tawarkan adalah yang paling kompetitif di pasaran, dengan rekod prestasi yang membuktikan bahawa kami adalah rakan niaga yang boleh diharap dan dipercayai. Pasukan kami terdiri daripada pakar pembiayaan berpengalaman dan francaisi yang berkemampuan untuk membantu anda memaksimumkan potensi perniagaan anda menerusi perkhidmatan kami.
Kini

Visi

Untuk menjadi syarikat yang boleh dipercayai, berpengalaman dan mempunyai reputasi yang baik dalam sektor pemfaktoran dalam memberikan khidmat kepada klien kami bagi memenuhi keperluan modal mereka.

Misi

Manfaat bagi Kerajaan

Penyelesaian Kewangan Kami Membantu Perniagaan, Dan Juga Kerajaan

Penyerahan barangan dan pelaksanaan yang segera bagi kontrak yang diberi. Bon prestasi akan diserahkan dalam tempoh 14 hari dan penghantaran barangan adalah terjamin kerana adanya pembiayaan yang komprehensif.

Sebarang rancangan boleh dilaksanakan dan disempurnakan dengan cekap terutamanya bagi bidang-bidang yang penting seperti sekolah, hospital, angkatan tentera, polis, dan lain-lain lagi.

Aset terbesar IFSB terletak pada kedudukan kepakaran dan pengalaman modal insan syarikat ini dalam struktur kewangan yang berhemat di kalangan komuniti perniagaan perolehan kerajaan.

Pelaburan kerajaan akan menjana pulangan ketara dan monetari, tetapi yang paling penting ialah ia menyumbang kepada dan memperbaiki aspek kejuruteraan sosial bagi komuniti perniagaan bumiputera.

Pelanggan
Premium Kami

Kenali Pasukan Kami

Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman secara kolektifnya mempunyai pengalaman berdekad lamanya untuk membantu anda memaksimummkan potensi perniagaan anda melalui perkhidmatan kami.

Hakcipta © 2022 Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (507971-X)
Hakcipta © 2022
Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (507971-X)

Login

E-mail *
Password *