Pemfaktoran-i
Bai` Ad-Dayn
Apa itu Pemfaktoran-i
Bai` Ad-Dayn
Pembiayaan pemfaktoran adalah penyelesaian yang sangat baik sekiranya anda ingin mendapatkan kedudukan kewangan yang stabil yang diperlukan untuk memperbaiki aliran tunai syarikat anda. Kini semakin banyak syarikat perniagaan menggunakan pemfaktoran untuk menyelesaikan urus niaga dagangan. Ia dianggarkan melibatkan sejumlah 10 juta pelanggan di seluruh dunia. Perniagaan yang menggunakan perkhidmatan pemfaktoran menikmati pelbagai manfaat seperti aliran tunai yang konsisten, kos pentadbiran dan risiko kredit yang lebih rendah, yang membolehkan organisasi perniagaan tersebut meluangkan lebih banyak masa untuk memberi tumpuan pada kegiatan utamanya. Kepentingan manfaat tersebut amat dirasai terutamanya oleh perusahaan kecil dan sederhana. Dengan adanya kaedah yang fleksibel ini dalam menguruskan hutang dagangan, perusahaan tersebut berupaya mendapatkan wang tunai bagi akaun belum terima bagi peringkat tempatan dan antarabangsa dengan menjualnya kepada ‘faktor’. Akaun belum terima ini yang lazimnya adalah terhutang dalam jangka pendek dan terbuka, boleh dijual atas dasar berbantuan atau tidak berbantuan. Di IFSB, kami menyediakan bantuan profesional berkenaan dengan kawalan kredit, kutipan dan perakaunan jualan. Kami boleh menyesuaikan keperluan anda dengan penyelesaian kami, dan kami akan memastikan adanya kerjasama yang rapat dengan anda supaya kami dapat memenuhi matlamat atau keperluan kewangan yang tertentu demi perniagaan anda.

Perkhidmatan kami yang kompetitif termasuklah:
- Pembiayaan sehingga 90% daripada amaun invois atau kontrak
- Penerimaan invois atau kontrak dari amaun serendah RM2,000
- Penyediaan dana segera dan membantu memperbaiki aliran tunai
- Fi pemfaktoran dari kadar rata serendah 1% daripada amaun invois, dan Caj Bayaran Permulaan dari serendah 9% setahun
Kami adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam urusan pemfaktoran setelah berdekad lamanya kami menyediakan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian kepada syarikat dari pelbagai industri. Kami menawarkan penyelesaian pemfaktoran kreatif yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda yang tersendiri. Kadar yang kami tawarkan adalah kompetitif dengan terma yang fleksibel, dan proses kelulusan awal adalah pantas. Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman dan berdedikasi dapat memberikan nasihat dan akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk anda.
Duit Tak Putus
Duit Tak Putus adalah skim bayaran unik oleh IFSB yang telah dibangunkan khusus supaya patuh Syariah. Program eksklusif ini menawarkan hingga tiga pembayaran sebulan kepada syarikat yang diluluskan dengan kontrak perkhidmatan dalam industri keselamatan, pembersihan, makanan dan minuman dan penyediaan. pembayaran pada akhir hari
Proses Permohonan
1
Berhubung Dengan Kami
Terima pengesahan bertulis (Surat Tawaran, Surat Award, kontrak yang telah ditandatangani) dari kerajaan berkenaan pemberian projek.
2
Penyediaan
Setelah selesai projek, sediakan dokumen berikut.
- Tiga (3) salinan Arahan Penyerahan (DO) dan invois – diserahkan kepada IFSB untuk tujuan penyeteman dan pengesahan.
- Tiga (3) salinan Arahan Pembayaran – ditandatangani oleh pegawai kerajaan.
3
Serahkan kepada Kerajaan
Sediakan dan serah dokumen berikut kepada kerajaan, dan minta akuan penerimaan.
- Arahan Penyerahan (DO)
- Invois
- Arahan Pembayaran
4
Hantar ke IFSB
Sediakan dan serahkan dokumen berikut kepada IFSB.
- Salinan kedua Surat Tawaran (LO) asal
- Satu (1) salinan Arahan Penyerahan (DO), dan satu salinan Invois yang bercap notis penyerahan hak IFSB dan diperakui oleh kerajaan
- Satu (1) salinan Arahan Pembayaran
5
Bayaran yang Diterima
IFSB akan memproses dokumen dan bayaran pada hari yang sama*.
*Tertakluk kepada sama ada dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Borang pendaftaran
Kami menawarkan harga yang kompetitif dan proses kelulusan yang cepat. Isi borang di bawah dan biarkan kami membantu anda mendapatkan dana yang tepat untuk menampung keperluan perniagaan anda.
Surat Kredit
Sebagai syarikat perdagangan atau pembuatan, pembelian lazimnya dibuat berasaskan tunai atau dengan kemudahan kredit dan tempoh yang terhad yang diberi oleh pembekal. Surat Kredit selalunya digunakan sebagai terma bayaran bagi pembelian dari luar dan dalam negara.
Jaminan Bank
Kontrak perolehan kerajaan juga memerlukan penyerahan Jaminan Bank yang berjumlah 5% daripada nilai kontrak. Tanpa sebarang kemudahan perbankan sedia ada, kebiasaannya 1:1 FD menjadi keperluan untuk mendapatkan Jaminan Bank yang diperlukan tersebut.