Kenali Pasukan Kami
Lembaga Pengarah

Dato' Noor Roslizam Alias
Dato’ Noor Roslizam mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam bidang kewangan dan pelaburan. Beliau memainkan peranan penting dalam industri perbankan, termasuklah semasa memegang jawatan di BSN Merchant Bank, beliau menerajui pembiayaan projek, pelaburan dan perkhidmatan penstrukturan semula korporat sebelum berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Ikhtiar Factoring Sdn Bhd yang merupakan pemain utama industri dengan reputasi lebih 20 tahun.
Dato’ Noor Roslizam adalah lulusan Universiti Oklahoma City, Oklahoma, Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan. Beliau juga memiliki Diploma Pengurusan Hartanah dari Institut Teknologi MARA (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA, UiTM).


Pasukan Pengurusan



Lebih Lanjut Mengenai Kami
Selain daripada menawarkan spektrum penuh penyelesaian kewangan pemfaktoran, kami juga menawarkan kadar yang paling kompetitif yang boleh disesuaikan dengan keperluan perniagaan anda.