APA YANG KITA LAKUKAN

Mengenai Kami

Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (IFSB) ditubuhkan pada 13 Mac 2000 untuk menjalankan perniagaan dalam bidang pemfaktoran domestik, eksport dan import serta pajakan peralatan. Bank Negara Malaysia (BNM) mengklasifikasikan kami sebagai Institusi Kewangan Bukan Bank (NBFI); dan pada 27 April 2000, telah memberi kelulusan untuk kami beroperasi sebagai sebuah institusi terjadual di bawah Seksyen 21(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. BAFIA kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Sejak itu, kami menumpukan usaha kami untuk memenuhi keperluan kewangan berbagai-bagai jenis syarikat yang mendapat kontrak perolehan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Antara syarikat yang menjalankan usaha sama dengan kami termasuklah Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi.

Sebagai mematuhi SPP Bil 10/95 oleh Kementerian Kewangan (MOF), IFSB telah diluluskan dan diiktiraf oleh MOF pada 14 Jun 2000 untuk menjalankan pembiayaan pemfaktoran kontrak dan perolehan kerajaan atau GLC.

Mainkan Video

Kisah Pemfaktoran Ikhtiar

2000

IFSB ditubuhkan dalam tahun 2000 di Malaysia untuk menyediakan sokongan dan perkhidmatan pemfaktoran yang khusus untuk organisasi perniagaan yang lazimnya tidak dapat ditawarkan oleh penyedia dana tradisional. Kami adalah institusi kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (sebelum ini dikenali sebagai Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989), dan juga diberi kuasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk beroperasi sebagai institusi pembiayaan pemfaktoran.

2013

Pada Disember 2013, kami menjalankan kerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk menawarkan perkhidmatan pemfaktoran Islam dan pembiayaan kontrak di bawah konsep Syariah untuk menyediakan pembiayaan modal kerja kepada usahawan yang mendapat kontrak perolehan kerajaan.

Kini

Pada hari ini, kami merupakan salah sebuah syarikat pemfaktoran kewangan yang ulung di Malaysia setelah menyaksikan perkembangan yang membanggakan sepanjang dua dekad yang lalu, di mana kami telah menawarkan khidmat kami kepada lebih 3,000 klien dengan urus niaga berjumlah lebih RM10 bilion. Di IFSB, kami membawakan fleksibiliti yang tiada tandingannya dalam menyesuaikan produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda. Kami menawarkan lebih daripada rangkaian penyelesaian pembiayaan pemfaktoran yang lengkap. Kadar yang kami tawarkan adalah yang paling kompetitif di pasaran, dengan rekod prestasi yang membuktikan bahawa kami adalah rakan niaga yang boleh diharap dan dipercayai. Pasukan kami terdiri daripada pakar pembiayaan berpengalaman yang berkemampuan untuk membantu anda memaksimumkan potensi perniagaan anda menerusi perkhidmatan kami.

Visi

Untuk menjadi syarikat yang boleh dipercayai, berpengalaman dan mempunyai reputasi yang baik dalam sektor pemfaktoran dalam memberikan khidmat kepada klien kami bagi memenuhi keperluan modal mereka.

Misi

Manfaat bagi Kerajaan

Rakan-rakan Premium Kami

Kenali Pasukan Kami

Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman secara kolektifnya mempunyai pengalaman berdekad lamanya untuk membantu anda memaksimummkan potensi perniagaan anda melalui perkhidmatan kami.