Mengenai Kami
Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (IFSB) ditubuhkan pada 13 Mac 2000 untuk menjalankan perniagaan dalam bidang pemfaktoran domestik, eksport dan import serta pajakan peralatan. Bank Negara Malaysia (BNM) mengklasifikasikan kami sebagai Institusi Kewangan Bukan Bank (NBFI).
Kisah
Pemfaktoran Ikhtiar
Bagaimana Kami Membesar Menjadi Siapa Kami Hari Ini
Kadar yang kami tawarkan adalah yang paling kompetitif di pasaran, dengan rekod prestasi yang membuktikan bahawa kami adalah rakan niaga yang boleh diharap dan dipercayai. Pasukan kami terdiri daripada pakar pembiayaan berpengalaman dan francaisi yang berkemampuan untuk membantu anda memaksimumkan potensi perniagaan anda menerusi perkhidmatan kami.
Visi
Untuk menjadi syarikat yang boleh dipercayai, berpengalaman dan mempunyai reputasi yang baik dalam sektor pemfaktoran dalam memberikan khidmat kepada klien kami bagi memenuhi keperluan modal mereka.
Misi
- Untuk membantu kontraktor kerajaan dalam memenuhi keperluan mereka yang amat penting iaitu mendapatkan kemudahan pemfaktoran & pembiayaan perdagangan.
- Untuk memberikan bimbingan dan sokongan kewangan kepada para usahawan.
- Untuk memenuhi keperluan kewangan syarikat-syarikat yang memerlukan.
- Untuk membantu memberikan laluan masuk kepada syarikat usahawan untuk lebih maju dengan kadar pertumbuhan yang tinggi, dan seterusnya berkembang menjadi perniagaan bertaraf tempatan dan antarabangsa yang boleh berdikari.
Manfaat bagi Kerajaan
Penyelesaian Kewangan Kami Membantu Perniagaan, Dan Juga Kerajaan
Penyerahan barangan dan pelaksanaan yang segera bagi kontrak yang diberi. Bon prestasi akan diserahkan dalam tempoh 14 hari dan penghantaran barangan adalah terjamin kerana adanya pembiayaan yang komprehensif.
Sebarang rancangan boleh dilaksanakan dan disempurnakan dengan cekap terutamanya bagi bidang-bidang yang penting seperti sekolah, hospital, angkatan tentera, polis, dan lain-lain lagi.
Aset terbesar IFSB terletak pada kedudukan kepakaran dan pengalaman modal insan syarikat ini dalam struktur kewangan yang berhemat di kalangan komuniti perniagaan perolehan kerajaan.
Pelaburan kerajaan akan menjana pulangan ketara dan monetari, tetapi yang paling penting ialah ia menyumbang kepada dan memperbaiki aspek kejuruteraan sosial bagi komuniti perniagaan bumiputera.
Kenali Pasukan Kami
Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman secara kolektifnya mempunyai pengalaman berdekad lamanya untuk membantu anda memaksimummkan potensi perniagaan anda melalui perkhidmatan kami.