Jaminan Prestasi dan Bon Prestasi
Jaminan dan Bon adalah berkait tetapi berbeza. Jaminan Prestasi (PG) adalah dokumen undang-undang yang mengikat yang diterbitkan oleh bank atau institusi kewangan yang mengesahkan bahawa kontraktor akan memenuhi terma dan spesifikasi sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak klien. Sekiranya kontaktor tersebut tidak menyelesaikan obligasinya seperti yang ditetapkan dalam kontrak, klien tersebut akan diberi jaminan ganti rugi. […]
Surat Kredit
Juga diringkaskan sebagai ‘LOC’ atau ‘LC’, Surat Kredit adalah dokumen dari bank atau institusi kewangan komersial yang memberi jaminan bahawa penjual akan menerima bayaran dari pembeli pada masa yang ditetapkan dan pada amaun keseluruhannya. Sekiranya obligasi ini tidak dilaksanakan, bank yang menerbitkan dokumen tersebut bagi pemohon akan membayar baki atau jumlah keseluruhan kepada benefisiari. Surat […]
Pemfaktoran
Pemfaktoran merupakan trend global yang sedang popular pada masa ini. Jumlah pemfaktoran di seluruh dunia kini melebihi EUR 1.299 bilion setahun – satu angka yang begitu besar bagi sebuah industri yang selama kira-kira 40 tahun, boleh dikatakan hanya beroperasi di Amerika Syarikat semata-mata. Sejak tahun 1960-an, industri ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali, meluaskan […]