Surat Kredit

Apa itu Surat Kredit?

Sebagai syarikat perdagangan atau pembuatan, pembelian lazimnya dibuat berasaskan tunai atau dengan kemudahan kredit dan tempoh yang terhad yang diberi oleh pembekal. Surat Kredit selalunya digunakan sebagai terma bayaran bagi pembelian dari luar dan dalam negara.

Bukan mudah untuk mendapatkan kemudahan Surat Kredit dari bank. Sekiranya sesebuah syarikat itu berjaya mendapatkan kemudahan tersebut sekalipun, terma-terma yang dikenakan kadangkala agak menyusahkan. Bagi Surat Kredit, lazimnya deposit jaminan sehingga 40% amaun LC perlu dibayar sebagai pendahuluan. Bagi overdraf atau pinjaman bertempoh, dana terikat juga antara perkara yang ditetapkan dalam terma dan syarat bagi kemudahan tersebut, yang akan menjejaskan sebarang aliran tunai syarikat tersebut.

Di IFSB, kami menyediakan bantuan profesional berkenaan dengan kawalan kredit, kutipan dan perakaunan jualan. Penyelesaian yang khusus oleh kami boleh memenuhi keperluan kewangan tersebut, dan kami akan sentiasa bersama anda untuk memenuhi matlamat kewangan atau keperluan perniagaan anda yang khusus.

Apa yang Anda Perlu Tahu

  • IFSB boleh mengeluarkan Surat Kredit kepada pembekal di dalam dan luar negara.
  • Kami boleh membantu dalam perolehan bekalan kontrak.
  • Tidak perlu mengeluarkan wang untuk dana terikat atau deposit pendahuluan.
  • Kontrak anda berfungsi sebagai cagaran, dan fi bulanan serendah 0.25% dikenakan sepanjang tempoh sah.

Dengan pengalaman berdekad lamanya dalam menyediakan penyelesaian kepada syarikat dari pelbagai industri, berurusan dengan pembekal dari seluruh dunia, kami mempunyai kepakaran yang cukup bagi urusan pembelian di luar dan dalam negara. Kami menawarkan penyelesaian kemudahan pinjaman perdagangan untuk memenuhi keperluan anda yang khusus. Kadar yang kami tawarkan adalah kompetitif dengan terma-terma yang fleksibel, dan proses kelulusan awal adalah pantas.

Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman dan berdedikasi dapat memberikan nasihat dan akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Lebih Lanjut Mengenai Pemfaktoran-i

Pembiayaan pemfaktoran adalah penyelesaian yang sangat baik sekiranya anda ingin mendapatkan kedudukan kewangan yang stabil yang diperlukan untuk memperbaiki aliran tunai syarikat anda.

Proses Permohonan

1

Berhubung Dengan Kami

Terima pengesahan bertulis (Surat Tawaran, Surat Award, kontrak yang telah ditandatangani) dari kerajaan berkenaan pemberian projek.

2

Penyediaan

Kenal pasti pembekal, yang akan mengeluarkan Invois Proforma.

3

Serahkan kepada Kerajaan

Sediakan salinan Arahan Pembayaran yang telah ditandatangani. Dokumen tersebut perlu ditandatangani oleh pegawai kerajaan.

4

Hantar ke IFSB

Sediakan dokumen berikut dan serahkan kepada IFSB.

5

Bayaran yang Diterima

IFSB akan mengeluarkan Surat Kredit kepada anda dalam tempoh tiga hari bekerja*.

*Tertakluk kepada sama ada dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Borang pendaftaran

Isi borang di bawah untuk mengetahui bagaimana Surat Kredit dari IFSB boleh membantu perniagaan anda.

Pemfaktoran-i

Pembiayaan pemfaktoran adalah penyelesaian yang sangat baik sekiranya anda ingin mendapatkan kedudukan kewangan yang stabil yang diperlukan untuk memperbaiki aliran tunai syarikat anda.

Lihat Perkhidmatan Lain

Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan lain yang kami tawarkan.