Pemfaktoran

Pemfaktoran merupakan trend global yang sedang popular pada masa ini. Jumlah pemfaktoran di seluruh dunia kini melebihi EUR 1.299 bilion setahun – satu angka yang begitu besar bagi sebuah industri yang selama kira-kira 40 tahun, boleh dikatakan hanya beroperasi di Amerika Syarikat semata-mata. Sejak tahun 1960-an, industri ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali, meluaskan sayapnya ke lebih 64 negara di serata dunia. (Rujukan: laman web Factors Chain International)

Kini semakin banyak syarikat yang menggunakan pemfaktoran untuk mengendalikan urus niaga perdagangan dengan lebih 10 juta pelanggan di seluruh dunia. Syarikat-syarikat tersebut memanfaatkan pemfaktoran dari pelbagai segi, antaranya untuk mendapatkan aliran tunai yang konsisten, mengurangkan kos pentadbiran dan risiko kredit, serta meluangkan lebih banyak masa untuk kegiatan utama perniagaan mereka. Kepentingan manfaat tersebut amat dirasai terutamanya oleh perusahaan kecil dan sederhana.

Dengan adanya kaedah yang fleksibel ini dalam menguruskan hutang dagangan, syarikat tersebut berupaya mendapatkan wang tunai bagi akaun belum terima bagi peringkat tempatan dan antarabangsa dengan menjualnya kepada ‘faktor’. Akaun belum terima ini yang lazimnya adalah terhutang dalam jangka pendek dan terbuka, boleh dijual atas dasar berbantuan atau tidak berbantuan.

Kini terdapat lebih daripada 1,000 syarikat pemfaktoran yang menawarkan perkhidmatan pemfaktoran di peringkat antarabangsa atau merentas sempadan serta tempatan. Kebanyakannya adalah syarikat yang dimiliki oleh bank-bank antarabangsa dan orgaisasi kewangan atau industri terkemuka lain.

Pemfaktoran di Malaysia

Pemfaktoran mula diperkenalkan pada awal 80-an dan telah mengalami pertumbuhan yang menggalakkan. Pada hari ini, industri ini dianggarkan bernilai hampir RM50 bilion. Pertumbuhan industri ini boleh dirumuskan dan diterangkan oleh dua sebab.

Pertama, fleksibiliti dan keberkesanan pemfaktoran sebagai instrumen pembiayaan semakin mendapat tempat di kalangan komuniti perniagaan di Malaysia dan dilihat sebagai alternatif kepada kemudahan perbankan tradisional. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan turut merangsang industri ini dengan adanya lebih banyak peluang perniagaan, terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), di mana syarikat-syarikat inilah yang sebenarnya merupakan sasaran dalam industri pemfaktoran, yang bertujuan untuk membantu mereka.

Perlu diingat dan ditekankan bahawa pemfaktoran merupakan alat pembiayaan ringkas yang boleh digunakan selagi terdapat hutang tidak dihalang. Di negara ini, pemfaktoran kini semakin dilihat sebagai sumber pembiayaan alternatif, serta sebagai cara yang lebih baik untuk menguruskan modal kerja. Kemudahan pemfaktoran secara strategiknya mampu membantu syarikat yang sedang berkembang, terutamanya SME, untuk memajukan perniagaan mereka. Ini kerana perniagaan tersebut sering mempunyai modal yang sedikit atau terhad, atau mempunyai sandaran yang lemah dari segi aset tetap. Oleh itu, bank tradisional selalunya mengelak daripada memberikan pembiayaan atau hanya akan memberikan pembiayaan modal kerja yang terhad kepada syarikat-syarikat tersebut.

Syarikat pemfaktoran sebaliknya dapat menyediakan akses yang lebih mudah kepada SME untuk mendapatkan kemudahan modal kerja serta memainkan peranan sebagai penyedia pembiayaan yang progresif, yang membolehkan mereka mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bank tradisional.

Perbezaan antara Pemfaktoran dan Pemfaktoran Islam

Kedua-duanya beroperasi atas dasar yang sama, tetapi Pemfaktoran Islam mempunyai potensi untuk menggalakkan pengantaraan dan rangkuman kewangan yang lebih meluas, terutamanya di kalangan populasi Muslim. Undang-undang Syariah membenarkan perdagangan dengan penganut agama lain; oleh itu perlu dipastikan bahawa rangka kerja kawal selia, penyeliaan dan perlindungan pengguna yang perlu mestilah diamalkan untuk menangani risiko-risiko yang tersendiri dalam bidang kewangan Islam, serta penyelesaian dan produk kewangan yang ditawarkan haruslah patuh Syariah.

Di Malaysia, instrumen jaminan hutang yang diwujudkan atas prinsip ‘Bai al-Dayn’ (yang mematuhi undang-undang Syariah) dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi hak semua pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.

Artikel Berkaitan

Surat Kredit

Juga diringkaskan sebagai ‘LOC’ atau ‘LC’, Surat Kredit adalah dokumen dari bank atau institusi kewangan

Baca Lagi
Hakcipta © 2022 Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (507971-X)
Hakcipta © 2022
Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (507971-X)

Login

E-mail *
Password *