Jaminan Prestasi

Apakah Jaminan Prestasi?

Kontrak perolehan kerajaan juga memerlukan penyerahan Jaminan Bank yang berjumlah 5% daripada nilai kontrak. Tanpa sebarang kemudahan perbankan sedia ada, kebiasaannya 1:1 FD menjadi keperluan untuk mendapatkan Jaminan Bank yang diperlukan tersebut.

Bukan mudah untuk mendapatkan kemudahan Surat Kredit dari bank. Sekiranya sesebuah syarikat itu berjaya mendapatkan kemudahan tersebut sekalipun, terma-terma yang dikenakan kadangkala agak menyusahkan. Lazimnya bank akan mengenakan deposit jaminan sehingga 40% sebagai pendahuluan kepada syarikat yang ingin mendapatkan jaminan.

Bagi kontrak kerajaan, bon prestasi diterbitkan di bawah tiga kategori:

  1. Jaminan Bank
  2. Jaminan Insurans
  3. Jaminan Institusi Kewangan

Sebagai sebuah institusi kewangan yang diluluskan dan diiktiraf oleh Kementerian Kewangan dan e-Perolehan, IFSB boleh menerbitkan jaminan prestasi.

Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Salah satu daripada syarat untuk kontrak perolehan kerajaan adalah jaminan prestasi, pada 2.5% hingga 5% daripada nilai kontrak.
  • Jaminan prestasi merupakan keperluan sebelum kontrak dilaksanakan.
  • IFSB adalah sebuah Syarikat Kewangan yang diluluskan untuk menerbitkan Bon Perlaksanaan.
  • Fi komisen sebanyak 0.4% akan dikenakan setiap bulan sepanjang tempoh sah.

Kami juga menawarkan Jaminan Bayaran Pendahuluan – yang fungsinya adalah hampir sama dengan Jaminan Prestasi, kecuali kerajaan berhak menuntut balik bayaran penduhuluan yang dibuat sekiranya kontraktor tidak menyiapkan kerja-kerja kontrak yang telah diberikan.

Kami menawarkan penyelesaian yang khusus untuk memenuhi keperluan anda. Kadar yang kami tawarkan adalah kompetitif dengan terma yang fleksibel, dan proses kelulusan awal adalah pantas. Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman dan berdedikasi boleh memberikan nasihat serta akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Lebih Lanjut Mengenai Pemfaktoran

Pembiayaan pemfaktoran adalah penyelesaian yang sangat baik sekiranya anda ingin mendapatkan kedudukan kewangan yang stabil yang diperlukan untuk memperbaiki aliran tunai syarikat anda.

Proses Permohonan

1

Berhubung Dengan Kami

Terima pengesahan bertulis (Surat Tawaran, Surat Award, kontrak yang telah ditandatangani) dari kerajaan berkenaan pemberian projek.

2

Penyediaan

Sediakan tiga (3) salinan Arahan Pembayaran yang telah ditandatangani. Dokumen ini perlu ditandatangani oleh pegawai kerajaan.

3

Hantar ke IFSB

Sediakan dokumen berikut dan serahkan kepada IFSB.

4

Bayaran yang Diterima

IFSB akan menerbitkan Jaminan Prestasi kepada anda dalam tempoh tiga hari bekerja*.

*Tertakluk kepada sama ada dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Di IFSB, kami sentiasa bersama anda untuk mengaturkan alternatif ini bagi kemudahan bank. Jaminan tersebut jelas menunjukkan keyakinan kami terhadap perniagaan anda dan pada masa yang sama, melindungi kepentingan anda dan pemilik projek yang lain.

Borang pendaftaran

Isi borang di bawah untuk membincangkan peluang untuk bekerjasama.

Pemfaktoran-i

Pembiayaan pemfaktoran adalah penyelesaian yang sangat baik sekiranya anda ingin mendapatkan kedudukan kewangan yang stabil yang diperlukan untuk memperbaiki aliran tunai syarikat anda.

Lihat Perkhidmatan Lain

Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan lain yang kami tawarkan.