Jaminan Prestasi dan Bon Prestasi

Jaminan dan Bon adalah berkait tetapi berbeza.

Jaminan Prestasi (PG) adalah dokumen undang-undang yang mengikat yang diterbitkan oleh bank atau institusi kewangan yang mengesahkan bahawa kontraktor akan memenuhi terma dan spesifikasi sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak klien. Sekiranya kontaktor tersebut tidak menyelesaikan obligasinya seperti yang ditetapkan dalam kontrak, klien tersebut akan diberi jaminan ganti rugi.

Di bawah Bon Prestasi (PB), bank atau institusi kewangan lazimnya membayar bila dituntut tanpa mengira kontrak dasar. Ini bermakna bukti kemungkiran tidak diperlukan, dan benefisiari akan menerima bayaran keseluruhan amaun setelah dikemukakan secara bertulis bahawa kontrakor tersebut telah gagal melaksanakan tugasnya.

Secara umumnya, syarikat Malaysia yang melaksanakan kontrak yang diberi oleh kerajaan Malaysia perlu menyediakan 5% daripada nilai kontrak sebagai bon prestasi. Untuk memudahkan pelaksanaan kontrak, kerajaan juga boleh memberikan Jaminan Bayaran Pendahuluan sehingga 20% daripada nilai kontrak kepada kontraktor, tertakluk kepada kelulusan.

Fungsi Jaminan Bayaran Pendahuluan pada dasarnya adalah sama dengan Jaminan Prestasi, bezanya ialah kerajaan berhak menuntut kembali bayaran pendahuluan yang telah dibuat sekiranya kontraktor tidak menyelesaikan kontraknya.

Artikel Berkaitan

Pemfaktoran

Pemfaktoran merupakan trend global yang sedang popular pada masa ini. Jumlah pemfaktoran di seluruh dunia

Baca Lagi

Surat Kredit

Juga diringkaskan sebagai ‘LOC’ atau ‘LC’, Surat Kredit adalah dokumen dari bank atau institusi kewangan

Baca Lagi

Login

E-mail *
Password *