Pemfaktoran-i

Bai` Ad-Dayn

Apa itu Pemfaktoran-i

Bai` Ad-Dayn

Pembiayaan pemfaktoran adalah penyelesaian yang sangat baik sekiranya anda ingin mendapatkan kedudukan kewangan yang stabil yang diperlukan untuk memperbaiki aliran tunai syarikat anda.

Kini semakin banyak syarikat perniagaan menggunakan pemfaktoran untuk menyelesaikan urus niaga dagangan. Ia dianggarkan melibatkan sejumlah 10 juta pelanggan di seluruh dunia. Perniagaan yang menggunakan perkhidmatan pemfaktoran menikmati pelbagai manfaat seperti aliran tunai yang konsisten, kos pentadbiran dan risiko kredit yang lebih rendah, yang membolehkan organisasi perniagaan tersebut meluangkan lebih banyak masa untuk memberi tumpuan pada kegiatan utamanya.

Kepentingan manfaat tersebut amat dirasai terutamanya oleh perusahaan kecil dan sederhana. Dengan adanya kaedah yang fleksibel ini dalam menguruskan hutang dagangan, perusahaan tersebut berupaya mendapatkan wang tunai bagi akaun belum terima bagi peringkat tempatan dan antarabangsa dengan menjualnya kepada ‘faktor’. Akaun belum terima ini yang lazimnya adalah terhutang dalam jangka pendek dan terbuka, boleh dijual atas dasar berbantuan atau tidak berbantuan.

Di IFSB, kami menyediakan bantuan profesional berkenaan dengan kawalan kredit, kutipan dan perakaunan jualan. Kami boleh menyesuaikan keperluan anda dengan penyelesaian kami, dan kami akan memastikan adanya kerjasama yang rapat dengan anda supaya kami dapat memenuhi matlamat atau keperluan kewangan yang tertentu demi perniagaan anda.

Pemfaktoran-i 1

Perkhidmatan kami yang kompetitif termasuklah:

Kami adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam urusan pemfaktoran setelah berdekad lamanya kami menyediakan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian kepada syarikat dari pelbagai industri. Kami menawarkan penyelesaian pemfaktoran kreatif yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda yang tersendiri.

Kadar yang kami tawarkan adalah kompetitif dengan terma yang fleksibel, dan proses kelulusan awal adalah pantas. Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman dan berdedikasi dapat memberikan nasihat dan akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk anda.

Proses Permohonan

Bagaimana Proses Pemfaktoran-i Kami Berfungsi? Inilah Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Berhubung Dengan Kami
Terima pengesahan bertulis (Surat Tawaran, Surat Award, kontrak yang telah ditandatangani) dari kerajaan berkenaan pemberian projek.
Penyediaan
Setelah selesai projek, sediakan dokumen berikut.
  • Tiga (3) salinan Arahan Penyerahan (DO) dan invois – diserahkan kepada IFSB untuk tujuan penyeteman dan pengesahan.
  • Tiga (3) salinan Arahan Pembayaran – ditandatangani oleh pegawai kerajaan.
Serahkan kepada Kerajaan
Sediakan dan serah dokumen berikut kepada kerajaan, dan minta akuan penerimaan.
  • Arahan Penyerahan (DO)
  • Invois
  • Arahan Pembayaran
Hantar ke IFSB
Hantar ke IFSB
  • Salinan kedua Surat Tawaran (LO) asal
  • Satu (1) salinan Arahan Penyerahan (DO)
  • Satu salinan Invois yang bercap notis penyerahan hak IFSB dan diperakui oleh kerajaan
  • Satu (1) salinan Arahan Pembayaran
Bayaran yang Diterima
IFSB akan memproses dokumen dan bayaran pada hari yang sama*.

Skrol ke kanan untuk melihat dengan lebih lanjut.

*Tertakluk kepada sama ada dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pemfaktoran-i 6

Daftarlah Dengan Kami Sekarang!

Ketahui bagaimana kami menjadi salah satu perkhidmatan pemfaktoran spesialis yang paling disukai di bidang kami hari ini, misi dan visi kami serta pelbagai instrumen pembiayaan dan harga yang kompetitif yang dapat kami tawarkan kepada anda.

Login

E-mail *
Password *