Surat Kredit-i
Apa itu Surat Kredit-i?
Sebagai syarikat perdagangan atau pembuatan, pembelian lazimnya dibuat berasaskan tunai atau dengan kemudahan kredit dan tempoh yang terhad yang diberi oleh pembekal. Surat Kredit selalunya digunakan sebagai terma bayaran bagi pembelian dari luar dan dalam negara.
Bukan mudah untuk mendapatkan kemudahan Surat Kredit dari bank. Sekiranya sesebuah syarikat itu berjaya mendapatkan kemudahan tersebut sekalipun, terma-terma yang dikenakan kadangkala agak menyusahkan. Bagi Surat Kredit, lazimnya deposit jaminan sehingga 40% amaun LC perlu dibayar sebagai pendahuluan. Bagi overdraf atau pinjaman bertempoh, dana terikat juga antara perkara yang ditetapkan dalam terma dan syarat bagi kemudahan tersebut, yang akan menjejaskan sebarang aliran tunai syarikat tersebut.
Di IFSB, kami menyediakan bantuan profesional berkenaan dengan kawalan kredit, kutipan dan perakaunan jualan. Penyelesaian yang khusus oleh kami boleh memenuhi keperluan kewangan tersebut, dan kami akan sentiasa bersama anda untuk memenuhi matlamat kewangan atau keperluan perniagaan anda yang khusus.
Apa yang Anda
Perlu Tahu
Dengan pengalaman berdekad lamanya dalam menyediakan penyelesaian kepada syarikat dari pelbagai industri, berurusan dengan pembekal dari seluruh dunia, kami mempunyai kepakaran yang cukup bagi urusan pembelian di luar dan dalam negara. Kami menawarkan penyelesaian kemudahan pinjaman perdagangan untuk memenuhi keperluan anda yang khusus. Kadar yang kami tawarkan adalah kompetitif dengan terma-terma yang fleksibel, dan proses kelulusan awal adalah pantas.
Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman dan berdedikasi dapat memberikan nasihat dan akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk perniagaan anda.
- IFSB boleh mengeluarkan Surat Kredit kepada pembekal di dalam dan luar negara.
- Kami boleh membantu dalam perolehan bekalan kontrak.
- Tidak perlu mengeluarkan wang untuk dana terikat atau deposit pendahuluan.
- Kontrak anda berfungsi sebagai cagaran, dan fi bulanan serendah 0.25% dikenakan sepanjang tempoh sah.
Proses Permohonan
Mulakan Proses Anda Dalam Mendapatkan Surat Kredit-i Daripada Kami
Berhubung Dengan Kami
Penyediaan
Serahkan kepada Kerajaan
Hantar ke IFSB
- Surat Indemniti
- Surat Tawaran (LO) asal
- Invois Proforma
- Arahan Pembayaran – ditandatangani oleh pegawai kerajaan
- Borang permohonan Surat Kredit IFSB
Bayaran yang Diterima
Skrol ke kanan untuk melihat dengan lebih lanjut.
*Tertakluk kepada sama ada dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan yang kami tawarkan
Daftarlah Dengan Kami Sekarang!
Ketahui bagaimana kami menjadi salah satu perkhidmatan pemfaktoran spesialis yang paling disukai di bidang kami hari ini, misi dan visi kami serta pelbagai instrumen pembiayaan dan harga yang kompetitif yang dapat kami tawarkan kepada anda.